Thursday, 19 November 2015

Tikus Mondok

Aku nak story pasal gelaran aku. Yang  tak lekang di mulut orang yang kenal aku. Yehh dulu sekolah rendah orang panggil tikus mondok atau singkatannya TM. Seingat aku nama TM ni bermula dengan classmate aku. Waktu dedulu normal la suka orang tu suka orang ini. Konon sweet ko panggil aku TM. Sampai gelaran TM tu lekat dekat mulut-mulut cikgu. Siapa tak kenal TM nampak sangat baru masuk Skkk. Dengan gelaran tu aku menderita. Alkisah sewaktu aku darjah enam, aku pergi sekolah waktu petang sebab ada sukaneka rumah sukan. Kena buat aktiviti untuk kutip mata rumah sukan.

Lompat jauh, BATAL ! Lumba lari, BATAL ! Lontar peluru, LULUS ! Yeahh hidup Atikah Husna. Lompat tinggi, BATAL dan jatuh dengan tragisnya. Sebelum aku lari dengan megahnya nak lompat tinggi aku di sokong dengan budak junior. "Akak TM, Akak TM" "Kakak pengawas !" 

Waktu lari sempat toleh belakang dan tengok suara sumbang mana yang bagi sokongan dan tak perasan dah sampai tiang, aku lompat macam mana dan jatuh dalam keadaan kaki terhempap badan. Sakit ya amat rasanya. Tudung dah tercabut ke belakang. Nak bangun la cover malu Tengok-tengok takboleh bangun. Cikgu yang jaga lompat tinggi tu Cikgu Zack jadi  dia angkat aku ke kantin. Dia suruh try jalan. Tak boleh. Bila letak tapak kaki atas tanah automatik aku jatuh ke bawah. Atikah Husna memang tak sah kalau tak nangis. Jadi dia nangis la semahu-mahunyaaaa. 

 
Cikgu call abah dan terus ke hospital. Serius lama tunggu dekat Wad Kecemasan. Dari petang sampai malam.Aku dengan kaki berdendang sakit, ayer materr jangan cakap. Basah basah. Then, nama aku kena panggil. Abah pun tanya nak dukung ke kerusi roda ? Kerusi roda la dah la anak abah ni berat besar gedabak. Bila masuk jumpa doktor tak sampai 5 minit. Dia tak pegang kaki dia cuma cakap dengan kekwatnya ' Esok datang x-ray.' Terus aku keluar. Pastu bagi ubat tahan sakit. Ubat tu aku makan sebab nak tahan sakit hati tunggu lama.  

Esok tu, sekolah tuang datang hospital x-ray dan jari kaki nombor 4 dan 5 patah. Tulang bawah tapak kaki retak dan patah. Patut den takleh jalan. Simen pun simen yang ekspress. Boleh cabut bila nak mandi. Okay tak la berbau kepam kaki ku ini. Hikhik. Aku dapat cuti sebulan yang buat aku risau gila. Sebab UPSR aku sehari selepas cuti aku habis. Ya allah dugaan betul. Aku ambil Trial UPSR dalam bilik khas dan di ambil dan di hantar ke sekolah oleh cikgu. Bertongkat la aku ni sebulan. Thank you cikgu-cikgu yang sayang pengawas sekolah comel ni. Result tak berapa gempak sebab sekolah banyak tak datang, info tak dapat huaaaa. Resul 3A2B. Alhamdulilah boleh terima dengan ayer mater menyesal bila teringat  datang sukan petang tu. 


Sekarang sekolah menengah lagi banyak gelaran. Macam-macam. Ada yang aku ingat ada yang tak. Dulu geng aku panggil aku cahaya sebab nak panggil ikut nama depan. Nur kan cahaya. Dan lain-lain. Sekarang bila dah habis tahun, budak kelas panggil MONSTER. Dengan bersebab aku makan banyak dan makan cepat. Apakah ni semua ? Mana ada monster secomel aku. Bila apa sikit, monster. Sikit-sikit monster. Sampai aku naik fedappp dengan nama tu. Tapi bila lelama rasa macam dah lali. Jadi teruskan usaha anda classmates tersayangg. Kipidap dongibab. 


Oh shilauuu. Terik nau matahari.




Saya okay saya dah besar
Saya okay saya semakin comel
Saya okay saya semakin perasan


xoxo
Una

Thursday, 12 November 2015

Berat Naik ?!

Tajuk untuk entry kali ni memang sangat cliche. Bagi aku la. Sebab perempuan ni jenis macam bila orang cakap dia kurus, dia akan cakap dia gemuk la dah berisi and what so ever. Tapi bila orang cakap dia gemuk dia akan marah melenting tak tentu pasal. Biasa la. Perempuan kan? 

Alkisah berat badan aku sekarang, aku rasa amat menggembirakan hati. Sangat-sangat puas hati. Sebab dulu memang aku kurus yang tersangat. Orang bila jumpa aku, dia cakap aku sakit. Sobsob. Dah la kurang tinggi badan pulak kurus yang tersangat, memang nampak lesu dan tak bermaya. Berat aku tak sampai 40kg masa tu. Hikhok. Satu hari aku nekad, nak makan banyak. Nak berat sampai 45kg then nak stop 'kenekadan' tu bila sampai tepat 45kg. Rosak ayat dapat kat aku. Memang aku makan tak ikut time. Kejap kejap makan. Memang non stop. Kalau tak mengunyah tak sah. Tapi masih lagi seimbang la. Takda la melantak lemak semua.

Makin lama aku rasa aku dah nak capai apa aku nak. Yeahh. Jadi aku cuba timbang berat sebab harini ramai sangat orang tegur tentang badan aku. Abah, umi and beberapa kawan kat sekolah. Tapi kenapa mesti harini? Kenapa tak esok atau minggu depan.

"Abah perasan tak muka anak dara abah sekarang?" umi tanya abah waktu tengah makan tengahhari tadi.
Aku menyampuk "Umi takyah la nak kata jerawat una bermaustatin dari pipi ke dahi pulak."
"Hahh la. Pipi labuh nya sekarang. Gondol. Tak senyum pun pipi naik. Sebelum ni senyum pun belum tentu nampak pipi." Abah jawab.

Lepas makan terus pergi cek muka depan cermin. Ahh ahh laaa. Pipi bolat haha. Tak sedih cuma baru sedar kenapa tudung sekolah tak muat sampai suruh umi tetas jahit balik. Umm ummm


Timbang-timbang berat aku dah mencecah 46.++kg. Terkejut. Sasaran aku dah terlebih ni. Walaupun sekilo rasa macam gemok sangat dah. Tapi serius aku suka badan aku sekarang dari dulu. Dulu tak stabil sekarang sangat la stabil. Terlebih sikit pun jadi laaa. okay nak lanjee gambar dulu dan sekarang. Jangan terkejut. Ini bukan JU-ON atau hantu air. Ini sayaaa. Bukan selalu akak payung gambar bak kata orang moden sekarang. Mungkin sekarang akak dah mula istiqomah. ^_^


OMG ! Atas masa 2014 akhir tahun. Bawah masa 2015 akhir tahun jugak.
Emm emmm gemok nya . HAHA kbyeee. Saya taknak kurus !







Saya okay saya dah besar
Saya okay saya semakin comel
Saya okay saya semakin perasan


xoxo
Una

Saturday, 22 August 2015

Perpustakaan Awam Parit Buntar

Kelab Pusat Sumber sekolah aku adakan aktiviti mingguan kali ni dekat Perpustakaan Awam Parit Buntar. Banyak gila aktiviti yang ada. Kami ni datang sebab nak dapat 2 tandatangan dekat buku koko. Hiks penting. Datang-datang tu aku macam takda arah tujuan. Budak sekolah aku sorang pun tak sampai lagi. Hei janji melayu macam tu ah. Aku tunggu jap Anis pun sampai. Lepastu pergi daftar apa semua. Siap jadi ahli. Kena bayar Rm 4 dan bawak salinan IC. Lepas Hawa Ju pun sampai terus pergi dekat bahagian bengkel ict. Saja suka suki daftarkan diri dekat pertandingan tu. Nampak simple. Dan memang simple.

Dia ajar cara nak buat kad dengan bantuan Program apatah nama dia. Lupa! Ini pertandingan tau. Jadi semua pakat pulun buat cecantik lelawa dengan masa yang ditetapkan. Ikut suka nak buat tentang apa. Aku pilih birthday dan buat kad untuk diri sendiri. *SADLIFE* Aku buat sikit tengok Anis sebab dia buat untuk kakak dia. Senang cita kad kami hampir sama. HAHA sorry Anis. Bila akak yang ajar kami tu jejalan tengok peserta lain, aku sempat la bawak keluar fon. Dan hasilnyaa.






Tengok-tengok Ju menang. Okay memang tak percaya.Sebab dok ingat Anis dan diri sendiri  menang . Maybe sebab sama dia tolak markah. Tapi serius tak kesah. Sebab masuk untuk have fun ja. Okay lepastu, duduk sat tengok adik-adik comel bercerita bawah khemah. Panas ! Adik-adik sekarang bercerita dah maju. Flowercrown diamond sana sini. Baju dress labucci sini sana. Dulu akak masuk bercerita pakai baju sekolah atau baju kurung biasa ja. SADLIFE. Adik-adik ni cerita macam-macam. Serigala la apa la. Tapi cerita yang masih ingat sampai sekarang ialah pasal rambut menjurai. Maaf kan akak ye adik. HAHA tajuk cerita tu buat akak geli hati. Akak gelak tak henti-henti. Walaupun tak lawak mana. Apa-apapun adik-adik , kipidap! Dongibab !

Akak bukan tepuk tangan dik. Akak main burger. k hambar


Lepas dah habis adik rambut menjurai bercerita, kami masuk dalam cari bahagian novel. Sebab semua dari kami kaki novel, jadi tak sah kalau takpi baca. Sinopsis pun jadi. Excited gila tengok novel bebanyak ni. Ju kalau hilang ja tau la dia pi mana. Tersorok tercorok belakang rak novel. Laluan novel kecik. Nasib aku yang kurus ni bole masuk. K perasan. Geram betul !





MODEL NOVEL TAHUN NI. k taklawak


Lepastu kena dengar ceramah pasal apatah. Berkaitan hak kita sebagai pengguna kot. Tak dengar sangat sebab boring. Dia cakap tak pakai mic jadi tak jelas . Mungkin makcik depan tu bagi tumpuan, yang belakang layan wassap. HAHA. Bebudak macam aku tak layan wassap apa semua. Aku membaca okay. Baguskan ? Hiks dah tau. Makasih !

 


Bukan ramai mana pun dengar. Adalah 20 orang. Kebanyakan bawah khemah tengok adik-adik bercerita.

Aku dengan Hawa bosan. Jadi masing-masing buat keja sendiri. Sat kacau cikgu. Sat melawak macam budak kecik. Lepastu Hawa main fon cikgu. Aku baca buku kanak-kanak. Hawa taknak layan aku bila dapat fon. Opss lupa budak asrama merindui gadget masing-masing.



Sebab saja nak kacau fokus cikgu. Haipp tazah bukan nak dengaq ceramah. Main whatsapp ja tau.

Pasal buku cerita kanak-kanak tu memang nampak macam mewah dan comel. Aku excited nampak budak kecik tu dok main. Last-last dia letak balik kat rak buku. Aku sambaq terus HEHE. Tapi yukss ada air liur. Its okay. Akak tetap nak main. Akak sanggup lap pakai baju. Paling best pasal buku tu sebab kena tarik la, bukak sana bukak sini. Macam 3d la. Siap ada teka-teki. Tapi bukan teka-teki ada kaki tak mampu berjalan, tiada sayap mahu terbang tinggi. Cepuk buku tu kang !



Ni soalan dia. Bila tarik keluar jawapan.

Best main. Banyak lagi haiwan. Macam belut dll.



Habis ceramah tu pi tengok pulak Mummy Octopus yang buat aktiviti untuk budak-budak pra-sekolah dan tadika. Lama gila. Siap menyanyi menari, Aku tak buat la. Cover sikit cun tu. Cuma goyang kaki ja. Lagu layanz lol. Hawa siap menari angkat tangan. Nampak muka excited dia tu. Ok tipu.

Makin lama Mummy Octopus makin bosan. Budak-budak takla. Aku ja rasa macam tu sebab aku dah besar okay ! Pastu masuk balik pi cari Ju. Dia hilang pulak dah. Macam biasa dekat tempat novel. Tengok-tengok dekat situ kakak-kakak pasang belon. Warna-warni. Disebabkan aku takut belon, jadi aku menjauhinya. Yang lain kalut pergi mintak belon. Macam budak-budak. Last-last kak tu cakap "Ni untuk budak pra" Semua malu tak mintak dah. Aku mampu pegang orang punya tapi tetap berhati-hati. Apa lagi lepastu? sakan laa bergambar. Cikgu pun sama naik HAHA. Tazah pun sama. Torbaik okay.


Banyak yang dah balik sebab tunggu lama sangat. Aku takleh balik awal sebab balik dengan cikgu T_T





Lepas dengan belon, acah-acah baca buku pulak. Sorry yang tolong tangkap gambar aku tadi. -____- Aku boring itu ja yang best buat. 




Ju nak jugak HAHA. kasi lerr


Paling win bila jumpa maskot sebijik macam kotak pensil aku. Ah teruja okayy. Tapi maskot tu poyo ahh. Haha berlagak nak duduk kaki bersilang bagai. Aku tiru ler.

Junior



Sekolah aku dah hantar peserta yang volunteer nak masuk puisi. Saja untuk suka-suka. Tengok-tengok  di batalkan sebab Mummy Octopus ambik masa banyak sangat. So untuk uolss jangan marah jangan sedih.Beruntung tau kita. Tak buat apa pun dapat hadiah sebagai tanda minta maaf. Aku yang tak masuk pun dapat. Bertuah der. Paling beruntung buku koko dapat tanda 6 kali. Makhai bukan senang HAHA. Lain kali kita pergi lagi okay. Seronok dapat spent time dengan cikgu, kengkawan dan budak-budak pra. 

Okay last, tetiba terjumpa sepupu-sepupu aku. Punya bising bila nampak aku. "Kak una ! Cikgu tu kak una kami ! Yang jalan baju hijau tu" Aduh Aqif , Fayyad malu kak una T__T. Tapi takpa kak una bole popular dekat kalangan cikgu hampa.


Itu saja. Sebab idea aku hilang. HAHA. Assalamualaikum.



Saya okay saya dah besar
Saya okay saya semakin comel
Saya okay saya semakin perasan


xoxo
Una

#20FACTSABOUTME

Rini rasa macam taktau nak buat apa sebab selalu time gini tengah bersembang sakan di fon. Hikhok i tunggu u minggu depan k cayangg HAHA ! So rini nak share #20factsaboutme. Takda benda special pun kat aku. Hanya yang pelik. 

1) Nama aku sebenarnya. Lady Husna. Okay tipu. Nur Atikah Husna Bt Mohd Sabri. Yang di bermaksud "Cahaya Pemurah Berani Bersih yang Murni Cantik. Dikya cakap macam maksud zakat, pun boleh la. Tapi kalau tanya pakcik Google dia cakap macam ni.


Betullah tu. Personaliti yang unik? Unik ke? Aku wira setiap hari. Nampak tak? Aku wiraaaa. Yaa selalu sangat nak jadi yang terbaik tapi tak pernah tercapai. Apapun kekal lah beranggapan aku ni lambang kesempurnaan. Muah ciked !

2) Anak perempuan sulung dan tunggal dan menganggap dia seperti princess di rumah. Sebab nak apa dapat. Sebab tiada kos lepas. Yang 3 lagi adik tu selalu jeles !

3) Seorang pembenci sayur, buah-buahan dan segala jenis la. Nak cakap memilih tu tak, tapi memang tak pernah makan waktu kecik. So rasa macam nak termuntah. Bau buah dah la busuk. Ya aku memang pelik.

4) Alergik segala jenis makanan laut*seafood. Bila makan, malamnya bergaru sana sini. Esoknya datang la Pakcik ruam kat muka. Kadang-kadang jerawat terus. Haihh. Tapi aku buat taktau. Telan jaa semua. Janji kenyang !!

5) Tak suka berkongsi. Memang semua barang takbole berkongsi. Bilik, baju, barang makeup aku, dll. Umi pernah tanya, "Una tak teringin nak adik perempuan ka?" And i just like. "NO! Habis nanti barang una dia sapu." Takpayah ler. Dah cukup-cukup ler tu. Kikiki

6) Aku kaki shopping dan kaki window shopping. Walaupun poket tengah nipis dan kepokaian tengah melanda, aku tetap akan jejalan beli barang. Satu pun jadi. Kalau takda duit, window-window je la dan buat muka comel suruh abah belanja kan.

7) Aku paling tua jadi aku ada kuasa nak marah adik-adik aku. Syabil dia tak takut, tapi dia dengar cakap. Kalau dia melawan, bagi motivasi sikit terus senyap. Pastu hujan. Syahir pulak. TAK PERNAH dengar cakap aku. Anggap aku kawan-kawan dia ja. Aku selalu jadi mangsa tendangan dia kekadang. Aqil pulak. Ini paling suka. Baru ja cakap " Aqil sekarang dah melampau. Ana pi cari hanger sat nak tibai!" Tupp terus menangis.

8) Kuat makan dan suka makan.  Kalau keluar jalan, macam-macam aku sapu, kerepok, coklat buat stok dalam bilik. Lapar ja ngap sesorang. Kalau makan banyak tak nampak sangat kat badan. Paling kuat pipi dan punggung huaaaaa.*umi cakap aset. Ahakkksss

9) Aku ambil masa yang lama untuk mandi dan bersiap. Kalau nak keluar jejalan abah akan suruh siap sejam lebih awal dari orang lain. Entahla apa aku tonyohh HAHA

10) Aku takut dengan semua jenis haiwan. Semut dengan nyamuk tolak tepi. Paling takut kucing. Sebab fobia. Ada cerita pahit pada zaman dahulu kala. Cicak paling tak suka dan sewaktu dengannya. Yang ada ekor kaki empat. Oh geli !

11) Masih keliru dengan masa hadapan. Taktau nak jadi apa. Huaaa suri rumah berjaya maybe.

12) Paling minat baca novel. Tetambah yang cintan cintun. Sampai nangis senyum sorang-sorang. Oh gila !

13) Paling suka bergambar. Tapi ada hari mau ada hari malas. Aku tak suka ambik gambar orang. Aku akan suruh orang ambik gambar aku. So untuk pakwe I, nanti u jadi photographer limited untuk I okay ?

14) Lebih suka menaip dari menulis. Sebab waktu menaip idea mencurah-curah. Waktu tulis hmm h*rom

15) Aku suka kumpul baju, beg dan tudung penuh almari. Hmm tapi tetap cakap " Aduh takda baju nak pakai harini."

16) Tak suka orang tengok aku dalam keadaan selekeh. Biar orang pandang, dia tak mengata aku. Tapi kalau ada orang mengata jugak. Heiii mai face to face la !

17) Ada kawan-kawan yang sentiasa ambik berat pasal. Walaupun demam, senyap dan murung depa tetap tanya. Hmm terharu. Anis,Hawa, Meton, Ju. Tahun ni tambah lagi Dikya dan Caca

18) Ada teman yang sentiasa ada waktu susah dan senang. Walaupun kekadang makan hati dengan cara awak, jangan risau la. Lepastu saya makan nasi balik.

19) Sangat suka kan baby. Bau wangi sangat. Tapi bila dah besaq, dah mula nak melawan, nak kena babap la tu.

20) Dan yang terakhir, ada sekeping hati yang orang lain susah nak paham. Aku ja kot paham perasaan sendiri.


Thats all for today. Nak tidoqqq. ZzZz



Saya okay saya dah besar
Saya okay saya semakin comel
Saya okay saya semakin perasan


xoxo
Una

 

Saturday, 15 August 2015

1st RAYA


Tiba masa Syawal melabuhkan tirai. . Hati sebak merinduimu. Hati sebak meninggalkanmu.Semoga dapat bersua lagi di masa depan. Jaga diri. (lap air mata hikhok)

Rasa macam baru semalam ja raya. Pakai baju cecantik. Makeup cecantik. Berkumpul reramai. Bermaaf-maafan. Ahh rindu. Jadi sebab rindu, aku decide nak story-mory pasal hari raya 29 hari yang lepas.

Disebabkan rumah tok ambik masa 150juta minit (5minit) nak sampai, aku takla excited mana nak balik kampung. Sebab rumah tok tiap minggu balik. So perasaan tu tetap sama. Aku pergi rumah tok seminggu awal. Bayangkan kebosanan yang aku alami bila sepupu tak balik. Semua pakat nak beraya kat rumah masing-masing mentang-mentang dekat dengan rumah tok. *sadlife

Aku taknak la cakap depa tu pentingkan diri. Ikut suka la. Dia punya hal malas nak masuk campur. Abaikann. Aku menginap dekat rumah ntah berapa belas hari.(macam hotel pulak) Dah la aku jenis takleh hidup takdak wifi. Huaaa. Aku banyak habiskan duit beli topup untuk langgan internet. Dah la mahai. Tapi tak kesah sangat pasal duit. 

Raya first emm. Pagi raya cuma ada family aku dan tok. Sedih gakla tak macam raya-raya lepas. Aku dengan bangun lambat tak sempat pi semayang raya. Yala malam tu tidoq lewat. Tolong TENGOK tok buat ketupat. Tolong KACAU umi buat rendang.

Lepas siap-siap pagi tu, tok ajak pi ambik gambar dekat tepi jalan sebab pokok bunga kat situ lawa. Aku pun ikutkan lah kehendak dia.

Tok saya masih gorgeous. Kalau berminat bole contact saya ! Auch

" Tok buat swag sikit."
Lepas dah habis berposing-posing dengan tok. Aku pun ajak semua berposing maut jugak dekat tepi jalan tu. Panggil jiran sebelah rumah tok ambikkan gambar. 

Adik-adik aku:-
Syabil- Kelabu
Syahir- Biru
Aqil- Purple
            
Tahun ni semua caca merba ja warna baju. Abah, Umi, Tok, Syahir ja warna ikut tema gitu.

Lepas dah posing apa semua. Kami masuk rumah salam-salam apa semua. Oh ada video tapi dalam ipad. belum berkesempatan nak  transfer masuk lappy. Nanti terluang aku update. Pastu pergi beraya rumah orang sebelah. Tengok-tengok sepupu aku dari Taiping sampai. Ohh baru nak dapat rasa suasana raya. Memang rindu betul dekat yaya.
Terlebih lighting. Sepupu paling rapat. Beza birthday pun 5 hari ja.
Orang Taiping dah sampai. Lepastu sepupu-sepupu yang paling dekat dengan rumah tok baru sampai. Tahun lepas ada gambar One Big Family, tahun ni hampeh. HAHA
Sepupu-sepupu perempuan aku.
Dari kiri. Kak Un,Kak Ya,Kak Ika,Una comel
Yang bawah Ala.(abil menyibuk)
Lepas dah abis semua agenda kat rumah tok. Semua berpecah ke destinasi yang nak di tuju. Cewahhh. Aku ke rumah pakcik. Beraya sana beraya sini. Kumpul duit kuiki. Selfie sana sini. Penting ! 
Tangan taktau pasepa lagutu. Memang snap gambar ni betul-betul depan pintu rumah pakcik. Tu yang bersinar. Pakcik Jerawat tepi pipi nampak macam lesung pipit. Padahal tadak !
Nak payung sikit gambar full ootd pagi raya.
Si gemok ni pakai baju dari Butik Dmimi
Dan tudung dari PK(pasar kemboja HAHA)

Kasut Kedai OGGO pb
Petang tu, balik ke rumah ibu. Semua keluarga belah umi kumpul sana. Aku, yaya, ala yang kebosanan ni main la batu seremban. Bole usyar video tu kat youtube.


Aku pun taktau punca aku buat video ni. HAHAHA first time okay buat video. Jahanam la jawabnya. Jangan ah bash. Saya budak baru belajar. 
Rasanya setakat ni ja kot. Umi panggil makan nasik. 


Saya okay saya dah besar
Saya okay saya semakin comel
Saya okay saya semakin perasan


xoxo
Una


Friday, 14 August 2015

HAKAK SEDIH HANG APA TAU ?!


"ADA KAKI TAK MAMPU BERLARI
TIADA SAYAP MAHU TERBANG TINGGI"

Okay senang cerita macam ni. Pada malam yang hening lagi sunyi, tiba-tiba seekor biawak telah muncul di bawah katil.

Okay bukan nak cerita pasal bewak tapi pasal kata-kata tu. Aku tengah scroll insta masa tu tetiba nampak ada orang post satu gambar dengan caption sebijik macam tu. Aku lupa nama akaun insta dia apa. Biasa la,terlalu tua untuk mengingati.Opss muda sebenarnya.Aku jenis kalau orang tu buat caption karangan lapanbelaih m/s pun aku akan baca. Hobi kot. Bila terbaca caption tu aku buat donno ja la. Tak ambik port la kiranya. Sambung scroll balik.

Tapi bila nak tidoq, kata-kata tu macam mengerawang dalam kepala otak. Pelik bin Ajaib. Sebab aku tak faham lansung makna di sebalik ayat tu tapi kenapa caption tu melekat dekat pala hotak sampai hari ni. Aku yang rajin ni pun fikir la maksud ayat tu sambil mengunyah makanan yang sedap-sedap. 

Tapi aku jenis tak reti cerita maksud ayat tu sedangkan aku dah tau maksud ayat tu.(maaf ayat keling)   Aku start ubah status aku dekat wechat dan whatsapp dengan ayat tu. Aku sedih namati bila dapat kutukan dari kawan-kawan aku. Tetambah dekya."Una, ni teka-teki ka apa?" Bila kutuk tu, aku cuba nak explain maksud yang aku paham. Tapi semua cakap takdak kena mengena dan mentertawakan aku dengan berdekah-dekah terlalu dekah dekah dekah dekahhhh.(sakit hati sangat)
 Hakak sedih tau. 

Sakitnya tuh di sini~~~

Aku harap salah sorang dari kawan aku faham makna ayat tu pelishh. Boleh back up aku. Hmm.
Saya okay saya dah besar
Saya okay saya semakin comel
Saya okay saya semakin perasan


xoxo
Una