Tuesday, 11 April 2017

Ujian Kelayakan Calon Guru di IPG Kampus Perlis

Emm cane nak start eh ? Em okay macamni. Let me tell you guys macam mana aku terbuka hati nak isi borang IPG online, Sebab sebelum ni, bila orang cakap pasal jadi cikgu, aku buat muka -_-. Sebab dalam kepala otak memang rasa diri ni tak sesuai nak jadi cikgu. Yela cikgu sopan , lembut, gitu. Aku ni jauh panggang dari api. Eh betulka peribahasa ni. Almaklumlah dah lama tak sekolah.
 
Aku terbuka hati nak isi IPG bila semua jenis sepupu, mak menakan yang dah berjaya jadi cikgu, suruh aku isi IPG. Serius makcik-makcik aku bagi penerangan from A to Z. Sebab nak sangat aku mohon. Aku still buat donno -_-. Then, malam tu, aku tergerak hati nak google pasal permohonan IPG tu. Guess what ? Ada lagi lebih kurang 4jam  sebelum tarikh tutup. Dehekkk !
So aku pun rasa macam 'Alah isi jela. Confirm takdapat sebab lewat sangat ni isi.'
Aku isi main-main. Tempat temuduga letak Kedah. Padahal Perak pun ada. Sebab memang dah rasa takkan dapat. So, bila orang tanya isi ke tak IPG? Boleh la aku jawab 'Ya'.
Lepas 2 minggu macamtu. result pun keluar. Guess what ? Aku dapat wehhhhhhhhhhhh. Mula -mula tu memang taknak pergi. Sebab takda hati nak pergi. Dah la dekat Perlis. Aku duduk Perak. Tapi bila Umi bagitau makcik-makcik aku. Semuaaa suruh pergi. Ya aku buat keputusan untuk pergi.
Aku pergi awal sehari. Jadi aku dah booking awal homestay dekat sangat dengan IPG. Murah tau homestay ni. Siap dengan aircond 3, wifi, plussss macam-macam la. Rm 120 semalam. Murahkan ?

Berminat call MAMU ehh




 
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ujian Kelayakan Calon Guru di IPG Kampus Perlis

TARIKH : 11 APRIL 2017
MASA TAKLIMAT : 11 PAGI
MASA UJIAN : 12 TENGAHARI
MASA UKF : 3 PETANG
KUMPULAN : 6
KELOMPOK : 1
  •    Perempuan pakaian hitam. Seluar biru/hitam. Tudung hitam. Stokin putih. Kasut sport.
  • Lelaki pakaian baju putih berkolar. Seluar biru/hitam. Stokin putih. Kasut sport.
Untuk ujian. Aras kesusahan untuk soalan. Em tiada aras rasanya. Semua guna logik akal sebagai seorang guru. Soalan dia simple ad straight to the point. SPM susah lagi ehehe.
Untuk ujian kecergasan fizikal (UKF) Aras kesusahan em. 3 daripada 5. Kita akan dibahagikan ikut kumpulan dan fasi-fasi akan bawa kita ke stesen yang berkenaan. Ada 5 stesen semuanya.
Stesen 1 : Ukur tinggi, timbang berat untuk BMI. Kalau normal dapat 15 markah. Full.
Stesen 2 : Jangkaun melunjur. Untuk ini full mark maish 15. Perempuan lebih dari 41cm.lelaki 47cm.
Stesen 3 : Bangkit tubi variasi. Ni kacangg bagi aku. Sebab tiap hari buat. 15 markah penuh.
Stesen 4 : Tekan tubi tanpa henti. lelaki 40 kali. perempuan 30. 15 markah penuh.
Stesen 5 : Bleep test. Paling susah bagi aku. Sebab aku bukan jenis kuat lari. 40 markah penuh.

Dari stesen 1 hingga 4 aku dapat full mark. Cuma stesen 5 terkandas dekat level 3-1 rasanya huaa. But hopefully, markah still banyak la eh. Habis semua stesen ni hampa boleh ler balik dan rehat di rumah. Tunggu panggilan interview kalau lulus. Aku harap sangat dapatla, Tetiba berminat nak jadi cikgu dehekk ! 

 Doakan aku berjaya !
MUKA PENAT !

 
OKBYE !

Sunday, 9 April 2017

SPM 2016

Alhamdulillah segala penat lelah yang aku lalui dua tahun lepas akhirnya mendatangkan hasil yang membanggakan. Even aku rasa macam dah lewat nak buat entry sebegini rupa, tapi ada aku kisah. 
Aku, mangsa SPM 2016. 
Aku sebenarnya sampai ke hari ni rasa macam tak percaya tau sebab dapat result seELOK ni. Hahaha sebab aku memang takda target untuk SPM. Untuk Trial ya memang aku pulun habis-habisan. Nak tau sebab apa? Sebab Cikgu Sejarah aku, Cikgu Jamil selalu cerita, ada satu tahun tu, SPM guna result Trial sebab banjir. Mahu aku tak takut.
Dah la esok trial, malam ni den putus cinta. Hareyy sungguh. Tapi takda la sampai aku nak jawab exam cincai-cincai. Sebab jenis aku, waktu exam segala masalah dunia letak tepi. FOKUS. Tapi jadahnya aku nak fokus bila ex duduk sebelah. Dah la duduk sebelah, usya awek baru dekat tingkap. Tapi aku tak kisah pun. Kejadahnya aku nak kisah, dah takda apa-apa kan. Baik aku kisahkan paper aku.
Since aku dah mulai hidup single dari haritu, aku terus berubah cara belajar aku. Kalau dulu malam aku habiskan dengan bergayut sampai lewat pagi, kali ni aku banyak buat nota poket, nota tampal dekat dinding. Kalau dulu aku malas betul nak siapkan homework, kalini aku siapkan semua kecuali essay bm.Sebab aku paling malas buat essay. Waktu exam rajin. Dan banyak lagi la aku berubah.
 
Alhamdulillah result Trial aku cantik. Tapi aku cantik lagi la. lols
So here it is. My trial result.
4A , 4A- , 1B+ , 1G
Yaa addmath still gagal. Dan BI still B. its okay baru trial.
TERPILIH KE
 KEM GEMILANG SPM DEKAT SSL HOTEL

______________________________________________________________________________
Lagi nak spm, lagi aku takut. Aku takdela habiskan masa dengan buku. Aku ada jugak main-main.
 Tapi satu ja, jangan study hari-hari. Take a break. Aku kalau study jenis selak-selak ja buku nota. Takda la nak baca, then tulis balik apa aku ingat. Nope. Im not the type of girl yang macamtu. 
Dengan tusyen petang malam. Buatkan aku sangat-sangat penat. Kadang-kadang aku nangis tau sebab rasa penat gila. Balik tusyen malam pukul 10 sometimes 11. Balik tusyen nak siapkan homework lagi. Seriousssssly im dying hahaha.
Dan bila cikgu batalkan kelas petang, aku pergi sekolah dengan minah Atin sekor ni. Pi study. Takpun pergi KFC buat study group dengan Ammar, Zul, Atin. Lagi sebulan camtu nak exam memang aku berjuang sampai titisan darah terakhir.
 
AND FINALLY, HARI-HARI YANG AKU TUNGGU TIBA.
RESULT AKU KELUAR.


My dad and my mom cried on the stage. Causeeee I did it !!


6A,2A-,1B+,1D

Dannnn admet lulus ohmyyy. Even tak credit but im still happy sebab tak pernah lulus sebelumni. lol
 

Im crying and still wanna smile at the camera
 
ALHAMDULLILAH. TERIMAKASIH ALLAH. So una nak ucapkan jutaan ribuan terima kasih untuk umi abah yang selalu bagi support. Habiskan duit untuk beli itu ini. Habiskan masa dengar masalah yang una  cerita hampir tiap hari. Dan terima kasih untuk doa-doa kalian. 
Aku juga ucapkan terima kasih untuk cikgu-cikgu aku, yang tak pernah penat tabur ilmu, tak pernah penat ajar budak-budak 5Akaun yang terlebih HINGAQ + BUAS. Terima kasih juga sebab cikgu-cikgu banyak bersabar, even perangai kami kadang-kadang menyakitkan hati.
For my fellow friends, terima kasih sangat-sangat sebab banyak tolong ajarkan tajuk-tajuk yang aku tak berapaaa nak reti. Duit minyak Zul, duit Ammar, duit Atin sebab hari-hari buat study group dekat KFC. Banyak sangat rasanya nak sebut nama budak kelas yang berjasa. Dikya yg ajar admet. Shark yg selalu ada kat sisi. Hawa yg selalu gedik. And semuaaaaa budak kelas, serious terima kasih untuk segalanya. 

I missssss you guysss so much.






p/s : saja type berjela, in case aku rindu hampaaa, boleh la baca lagi ! lol 





KBYE. !

Wednesday, 25 January 2017

Nak kahwin ?


Haiii assalamualaikum ._. *kawai face*
Wattpewwwwtuuu? 
 
Seperti biasa, aku tengah bosan tahap gaban ler kalau tetiba update entry baru ekekeke. Okay lets straight to the point.

Nak jadikan cerita. Harini aku malas gila tahap dewa kayangan nak bagi mandi Adam dalam bilik air macam selalu. Jadi aku mandikan dia dekat sinki dapur. Ntah dari mana muncul jiran aku dekat depan tingkap dapur. 

"Hm tak lama lagi umi dapat menantu ler."
 
Amboi sejak bila tah daftar persatuan ahli mesyuarat tingkap makcik ni. Aku senyum kambing jela ._______.

Aduh makcik ni suka tau buat aku sedih bila pikir umi takda calon menantu sorang pun. Sobsob kesian umi.  Sedih k bila hidup single ni. Acehhhh tipu jer. 

Ko tahu tak nikmatnya dapat hidup sebebas ini ? Ko takyah pikir pasal orang lain. Pikir diri je weh. Tenang siaaaa hari hari aku.

Aku balas kat makcik tu senang je. 

"Insyaallah. Doa doalah di temukan jodoh cepat sikit."

Ekekekeke gateiiiiiinyeeeee....
 
Malas la nak terangkan kat makcik tu secara terperinci. Saya ni makcik baru 18 , tu pun tak cukup bulan ._. Takkan la nak kahwin dah. At least bagi la mak abah saya dapat rasa duit gaji saya dulu. Bagi la saya balas jasa mak abah. 

Tapi saya tau makcik guroo gurooo je kan? 


Okbye.


Thursday, 10 November 2016

I believed I could so I did



Hai guysss. Harini nak relax relax kejap since paper aku hari Isnin minggu depan. Boleh ah goyang kaki jap. Jap je tak lama.

Baru-baru ni ada la sorang makhluk Allah datang tanya aku. Nama dirahsiakan atau boleh panggil ALI bukan nama sebenar. LOL. Adik aku je pun yang tanya. Alahai dia tanya benda simple tapi susahhhhh ahh aku nak menjawabnya.

"Kak, hang bila nak move on ?" 

Whatttttttt ko ingat senang nak move on wakaka. HAHA yela aku admit la, aku perlu masa lama aw untuk cool, relax and tenangkan hati aku yang bergelora + sakit + berdarah + berkecai + hancur = jadi debu. Seriously aku tak pernah rasa sakitnya bercinta before ni. Sebab waktu kecik kecik dulu aku just aggap 'cinta monyet'.

Tapi sejak aku dah form 4 an aku macam buang jauh-jauh tafsiran aku pasal cinta monyet tu. Sebab aku dengan yakinnya merasakan dia la yang kononnya cinta mati aku wakakakaka. Padahal TAK sama sekali. Sebab yang mekar dulu dah layu bila kena sembur dengan racun serangga.


Aku memang macam bukan diri aku dalam masa beberapa minggu. Bayangkan aku mogok makan. Sebab aku rasa aku bodoh. Tah la bodoh sebab apa. Yang aku tau, terperap dalam bilik macam orang gila MENANGIS hahaha. Aku takkan lupa betapa deritanya aku dulu. Kalau kenang balik an, aku memang dah taknak rasa benda tu. SUMPAH SAKIT SANGAT !!!!!

Lepas pada semua tu. Aku sedar yang aku takleh mengalah. Aku pikir balik pesan umi abah, kawan-kawan yang selalu support aku, aku TEKAD aku nak move on. Aku sibuk kan diri aku dengan macam-macam kerja. Bayang kan dalam masa sehari aku tadak masa pun nak tatap fon. Satu kejayaan paling besar la dalam hidup aku. HOHO

Aku percaya dengan diri aku yang aku boleh lalui semua ni jadi aku berubah. Aku berubah dari segala jenis. Kalau dulu orang kenal aku dengan lawak tak berapa nak jadi. Kali ni aku kembali dengan lawak terkini. 

ok merapu. 

Aku taktau dah nak nahipppp apa. Aku cuma nak ucapkan banyak-banyak terima kasih untuk semua perempuan yang selalu kat belakang aku. support aku. nasihat aku. peluk aku belakang dewan waktu teknik jawab sejarah. yang bawakkan majalah sekolah sekali dengan pemadam hahahaa jasa hampa aku takkan lupa sikit pun. TAKKAN LUPA. ada jeee dalam hati ni ekeke.



Dari kiri.SYAZA yang banyak tolong sampai kan berita . SYADIYA yang peluk saya kat dewan. SHAKIRAH haiwan peliharaan yang suakan makanan hari-hari kat sekola, FATIN IZATI yang selalu cakap "move on la una. You deserve better." 


Dari kiri, HAWA yang selalu cakap "Dah la tuu. SPM SPM." UNA si comel. ANIS yang "wehhhhh sabaq banyak-banyak, aku tak sangka ah !" MARIYA yang "kami selalu ada dengan hg tikah. tikah omeyy angat !"



Ni ibu JU yang selalu cakap " Haishhh hg lawa, ramai lagi nak hahahahaa"



Mesti rindu hampa sangat-sangat nanti. sobsobsob

bye Assalamualaikum.


Sunday, 6 November 2016

SAYA SPM ESOK !


Hai hampaaaa semua. Wah lamoo benor an aku tak update sini. Biasa lah aku busy dengan study ni. Tambah pulak esok SPM. Aku tak nak update panjang-panjang harini,  kang umi bising pulok. Esok nak exam rini kemain dok hadap laptop ! HAHA

Aku cuma nak hampa semua doakan aku berjaya dengan jayaya. Bagi sama macam result TRIAL aku pun takpa dah ekekeke. TAPI insyallah aku pulun sikit bagi LAGI POWER dari result TRIAL. 

Mintak mahappp la semua salah silap. Kita kosong-kosong okay ? Okayy cukup cukup.

Semoga NUR ATIKAH HUSNA BT MOHD SABRI mendapat 10A dalam SPM. amiin

Untuk bebudak kelas, disini aku ucapkan hampa semoga berjaya. Jangan lupa si kecik molek ni okay. Segala kenangan aku simpan dalam ingatan. And please KAHWIN tolong la jemput. Nak rasa jugak nasikkk minyakk hampa. 

OH yaaa untuk awak, please jemput jugak saya sebab teringin nak tengok majlis awak yang 'kita' pernah impi dulu, ekekeke

DAHHH kang makin merapu. Byeeee


SEMOGA 5 AKAUN BERJAYA !


Thursday, 19 November 2015

Tikus Mondok

Aku nak story pasal gelaran aku. Yang  tak lekang di mulut orang yang kenal aku. Yehh dulu sekolah rendah orang panggil tikus mondok atau singkatannya TM. Seingat aku nama TM ni bermula dengan classmate aku. Waktu dedulu normal la suka orang tu suka orang ini. Konon sweet ko panggil aku TM. Sampai gelaran TM tu lekat dekat mulut-mulut cikgu. Siapa tak kenal TM nampak sangat baru masuk Skkk. Dengan gelaran tu aku menderita. Alkisah sewaktu aku darjah enam, aku pergi sekolah waktu petang sebab ada sukaneka rumah sukan. Kena buat aktiviti untuk kutip mata rumah sukan.

Lompat jauh, BATAL ! Lumba lari, BATAL ! Lontar peluru, LULUS ! Yeahh hidup Atikah Husna. Lompat tinggi, BATAL dan jatuh dengan tragisnya. Sebelum aku lari dengan megahnya nak lompat tinggi aku di sokong dengan budak junior. "Akak TM, Akak TM" "Kakak pengawas !" 

Waktu lari sempat toleh belakang dan tengok suara sumbang mana yang bagi sokongan dan tak perasan dah sampai tiang, aku lompat macam mana dan jatuh dalam keadaan kaki terhempap badan. Sakit ya amat rasanya. Tudung dah tercabut ke belakang. Nak bangun la cover malu Tengok-tengok takboleh bangun. Cikgu yang jaga lompat tinggi tu Cikgu Zack jadi  dia angkat aku ke kantin. Dia suruh try jalan. Tak boleh. Bila letak tapak kaki atas tanah automatik aku jatuh ke bawah. Atikah Husna memang tak sah kalau tak nangis. Jadi dia nangis la semahu-mahunyaaaa. 

 
Cikgu call abah dan terus ke hospital. Serius lama tunggu dekat Wad Kecemasan. Dari petang sampai malam.Aku dengan kaki berdendang sakit, ayer materr jangan cakap. Basah basah. Then, nama aku kena panggil. Abah pun tanya nak dukung ke kerusi roda ? Kerusi roda la dah la anak abah ni berat besar gedabak. Bila masuk jumpa doktor tak sampai 5 minit. Dia tak pegang kaki dia cuma cakap dengan kekwatnya ' Esok datang x-ray.' Terus aku keluar. Pastu bagi ubat tahan sakit. Ubat tu aku makan sebab nak tahan sakit hati tunggu lama.  

Esok tu, sekolah tuang datang hospital x-ray dan jari kaki nombor 4 dan 5 patah. Tulang bawah tapak kaki retak dan patah. Patut den takleh jalan. Simen pun simen yang ekspress. Boleh cabut bila nak mandi. Okay tak la berbau kepam kaki ku ini. Hikhik. Aku dapat cuti sebulan yang buat aku risau gila. Sebab UPSR aku sehari selepas cuti aku habis. Ya allah dugaan betul. Aku ambil Trial UPSR dalam bilik khas dan di ambil dan di hantar ke sekolah oleh cikgu. Bertongkat la aku ni sebulan. Thank you cikgu-cikgu yang sayang pengawas sekolah comel ni. Result tak berapa gempak sebab sekolah banyak tak datang, info tak dapat huaaaa. Resul 3A2B. Alhamdulilah boleh terima dengan ayer mater menyesal bila teringat  datang sukan petang tu. 


Sekarang sekolah menengah lagi banyak gelaran. Macam-macam. Ada yang aku ingat ada yang tak. Dulu geng aku panggil aku cahaya sebab nak panggil ikut nama depan. Nur kan cahaya. Dan lain-lain. Sekarang bila dah habis tahun, budak kelas panggil MONSTER. Dengan bersebab aku makan banyak dan makan cepat. Apakah ni semua ? Mana ada monster secomel aku. Bila apa sikit, monster. Sikit-sikit monster. Sampai aku naik fedappp dengan nama tu. Tapi bila lelama rasa macam dah lali. Jadi teruskan usaha anda classmates tersayangg. Kipidap dongibab. 


Oh shilauuu. Terik nau matahari.




Saya okay saya dah besar
Saya okay saya semakin comel
Saya okay saya semakin perasan


xoxo
Una

Thursday, 12 November 2015

Berat Naik ?!

Tajuk untuk entry kali ni memang sangat cliche. Bagi aku la. Sebab perempuan ni jenis macam bila orang cakap dia kurus, dia akan cakap dia gemuk la dah berisi and what so ever. Tapi bila orang cakap dia gemuk dia akan marah melenting tak tentu pasal. Biasa la. Perempuan kan? 

Alkisah berat badan aku sekarang, aku rasa amat menggembirakan hati. Sangat-sangat puas hati. Sebab dulu memang aku kurus yang tersangat. Orang bila jumpa aku, dia cakap aku sakit. Sobsob. Dah la kurang tinggi badan pulak kurus yang tersangat, memang nampak lesu dan tak bermaya. Berat aku tak sampai 40kg masa tu. Hikhok. Satu hari aku nekad, nak makan banyak. Nak berat sampai 45kg then nak stop 'kenekadan' tu bila sampai tepat 45kg. Rosak ayat dapat kat aku. Memang aku makan tak ikut time. Kejap kejap makan. Memang non stop. Kalau tak mengunyah tak sah. Tapi masih lagi seimbang la. Takda la melantak lemak semua.

Makin lama aku rasa aku dah nak capai apa aku nak. Yeahh. Jadi aku cuba timbang berat sebab harini ramai sangat orang tegur tentang badan aku. Abah, umi and beberapa kawan kat sekolah. Tapi kenapa mesti harini? Kenapa tak esok atau minggu depan.

"Abah perasan tak muka anak dara abah sekarang?" umi tanya abah waktu tengah makan tengahhari tadi.
Aku menyampuk "Umi takyah la nak kata jerawat una bermaustatin dari pipi ke dahi pulak."
"Hahh la. Pipi labuh nya sekarang. Gondol. Tak senyum pun pipi naik. Sebelum ni senyum pun belum tentu nampak pipi." Abah jawab.

Lepas makan terus pergi cek muka depan cermin. Ahh ahh laaa. Pipi bolat haha. Tak sedih cuma baru sedar kenapa tudung sekolah tak muat sampai suruh umi tetas jahit balik. Umm ummm


Timbang-timbang berat aku dah mencecah 46.++kg. Terkejut. Sasaran aku dah terlebih ni. Walaupun sekilo rasa macam gemok sangat dah. Tapi serius aku suka badan aku sekarang dari dulu. Dulu tak stabil sekarang sangat la stabil. Terlebih sikit pun jadi laaa. okay nak lanjee gambar dulu dan sekarang. Jangan terkejut. Ini bukan JU-ON atau hantu air. Ini sayaaa. Bukan selalu akak payung gambar bak kata orang moden sekarang. Mungkin sekarang akak dah mula istiqomah. ^_^


OMG ! Atas masa 2014 akhir tahun. Bawah masa 2015 akhir tahun jugak.
Emm emmm gemok nya . HAHA kbyeee. Saya taknak kurus !







Saya okay saya dah besar
Saya okay saya semakin comel
Saya okay saya semakin perasan


xoxo
Una

Saturday, 22 August 2015

Perpustakaan Awam Parit Buntar

Kelab Pusat Sumber sekolah aku adakan aktiviti mingguan kali ni dekat Perpustakaan Awam Parit Buntar. Banyak gila aktiviti yang ada. Kami ni datang sebab nak dapat 2 tandatangan dekat buku koko. Hiks penting. Datang-datang tu aku macam takda arah tujuan. Budak sekolah aku sorang pun tak sampai lagi. Hei janji melayu macam tu ah. Aku tunggu jap Anis pun sampai. Lepastu pergi daftar apa semua. Siap jadi ahli. Kena bayar Rm 4 dan bawak salinan IC. Lepas Hawa Ju pun sampai terus pergi dekat bahagian bengkel ict. Saja suka suki daftarkan diri dekat pertandingan tu. Nampak simple. Dan memang simple.

Dia ajar cara nak buat kad dengan bantuan Program apatah nama dia. Lupa! Ini pertandingan tau. Jadi semua pakat pulun buat cecantik lelawa dengan masa yang ditetapkan. Ikut suka nak buat tentang apa. Aku pilih birthday dan buat kad untuk diri sendiri. *SADLIFE* Aku buat sikit tengok Anis sebab dia buat untuk kakak dia. Senang cita kad kami hampir sama. HAHA sorry Anis. Bila akak yang ajar kami tu jejalan tengok peserta lain, aku sempat la bawak keluar fon. Dan hasilnyaa.






Tengok-tengok Ju menang. Okay memang tak percaya.Sebab dok ingat Anis dan diri sendiri  menang . Maybe sebab sama dia tolak markah. Tapi serius tak kesah. Sebab masuk untuk have fun ja. Okay lepastu, duduk sat tengok adik-adik comel bercerita bawah khemah. Panas ! Adik-adik sekarang bercerita dah maju. Flowercrown diamond sana sini. Baju dress labucci sini sana. Dulu akak masuk bercerita pakai baju sekolah atau baju kurung biasa ja. SADLIFE. Adik-adik ni cerita macam-macam. Serigala la apa la. Tapi cerita yang masih ingat sampai sekarang ialah pasal rambut menjurai. Maaf kan akak ye adik. HAHA tajuk cerita tu buat akak geli hati. Akak gelak tak henti-henti. Walaupun tak lawak mana. Apa-apapun adik-adik , kipidap! Dongibab !

Akak bukan tepuk tangan dik. Akak main burger. k hambar


Lepas dah habis adik rambut menjurai bercerita, kami masuk dalam cari bahagian novel. Sebab semua dari kami kaki novel, jadi tak sah kalau takpi baca. Sinopsis pun jadi. Excited gila tengok novel bebanyak ni. Ju kalau hilang ja tau la dia pi mana. Tersorok tercorok belakang rak novel. Laluan novel kecik. Nasib aku yang kurus ni bole masuk. K perasan. Geram betul !





MODEL NOVEL TAHUN NI. k taklawak


Lepastu kena dengar ceramah pasal apatah. Berkaitan hak kita sebagai pengguna kot. Tak dengar sangat sebab boring. Dia cakap tak pakai mic jadi tak jelas . Mungkin makcik depan tu bagi tumpuan, yang belakang layan wassap. HAHA. Bebudak macam aku tak layan wassap apa semua. Aku membaca okay. Baguskan ? Hiks dah tau. Makasih !

 


Bukan ramai mana pun dengar. Adalah 20 orang. Kebanyakan bawah khemah tengok adik-adik bercerita.

Aku dengan Hawa bosan. Jadi masing-masing buat keja sendiri. Sat kacau cikgu. Sat melawak macam budak kecik. Lepastu Hawa main fon cikgu. Aku baca buku kanak-kanak. Hawa taknak layan aku bila dapat fon. Opss lupa budak asrama merindui gadget masing-masing.



Sebab saja nak kacau fokus cikgu. Haipp tazah bukan nak dengaq ceramah. Main whatsapp ja tau.

Pasal buku cerita kanak-kanak tu memang nampak macam mewah dan comel. Aku excited nampak budak kecik tu dok main. Last-last dia letak balik kat rak buku. Aku sambaq terus HEHE. Tapi yukss ada air liur. Its okay. Akak tetap nak main. Akak sanggup lap pakai baju. Paling best pasal buku tu sebab kena tarik la, bukak sana bukak sini. Macam 3d la. Siap ada teka-teki. Tapi bukan teka-teki ada kaki tak mampu berjalan, tiada sayap mahu terbang tinggi. Cepuk buku tu kang !



Ni soalan dia. Bila tarik keluar jawapan.

Best main. Banyak lagi haiwan. Macam belut dll.



Habis ceramah tu pi tengok pulak Mummy Octopus yang buat aktiviti untuk budak-budak pra-sekolah dan tadika. Lama gila. Siap menyanyi menari, Aku tak buat la. Cover sikit cun tu. Cuma goyang kaki ja. Lagu layanz lol. Hawa siap menari angkat tangan. Nampak muka excited dia tu. Ok tipu.

Makin lama Mummy Octopus makin bosan. Budak-budak takla. Aku ja rasa macam tu sebab aku dah besar okay ! Pastu masuk balik pi cari Ju. Dia hilang pulak dah. Macam biasa dekat tempat novel. Tengok-tengok dekat situ kakak-kakak pasang belon. Warna-warni. Disebabkan aku takut belon, jadi aku menjauhinya. Yang lain kalut pergi mintak belon. Macam budak-budak. Last-last kak tu cakap "Ni untuk budak pra" Semua malu tak mintak dah. Aku mampu pegang orang punya tapi tetap berhati-hati. Apa lagi lepastu? sakan laa bergambar. Cikgu pun sama naik HAHA. Tazah pun sama. Torbaik okay.


Banyak yang dah balik sebab tunggu lama sangat. Aku takleh balik awal sebab balik dengan cikgu T_T





Lepas dengan belon, acah-acah baca buku pulak. Sorry yang tolong tangkap gambar aku tadi. -____- Aku boring itu ja yang best buat. 




Ju nak jugak HAHA. kasi lerr


Paling win bila jumpa maskot sebijik macam kotak pensil aku. Ah teruja okayy. Tapi maskot tu poyo ahh. Haha berlagak nak duduk kaki bersilang bagai. Aku tiru ler.

Junior



Sekolah aku dah hantar peserta yang volunteer nak masuk puisi. Saja untuk suka-suka. Tengok-tengok  di batalkan sebab Mummy Octopus ambik masa banyak sangat. So untuk uolss jangan marah jangan sedih.Beruntung tau kita. Tak buat apa pun dapat hadiah sebagai tanda minta maaf. Aku yang tak masuk pun dapat. Bertuah der. Paling beruntung buku koko dapat tanda 6 kali. Makhai bukan senang HAHA. Lain kali kita pergi lagi okay. Seronok dapat spent time dengan cikgu, kengkawan dan budak-budak pra. 

Okay last, tetiba terjumpa sepupu-sepupu aku. Punya bising bila nampak aku. "Kak una ! Cikgu tu kak una kami ! Yang jalan baju hijau tu" Aduh Aqif , Fayyad malu kak una T__T. Tapi takpa kak una bole popular dekat kalangan cikgu hampa.


Itu saja. Sebab idea aku hilang. HAHA. Assalamualaikum.



Saya okay saya dah besar
Saya okay saya semakin comel
Saya okay saya semakin perasan


xoxo
Una

#20FACTSABOUTME

Rini rasa macam taktau nak buat apa sebab selalu time gini tengah bersembang sakan di fon. Hikhok i tunggu u minggu depan k cayangg HAHA ! So rini nak share #20factsaboutme. Takda benda special pun kat aku. Hanya yang pelik. 

1) Nama aku sebenarnya. Lady Husna. Okay tipu. Nur Atikah Husna Bt Mohd Sabri. Yang di bermaksud "Cahaya Pemurah Berani Bersih yang Murni Cantik. Dikya cakap macam maksud zakat, pun boleh la. Tapi kalau tanya pakcik Google dia cakap macam ni.


Betullah tu. Personaliti yang unik? Unik ke? Aku wira setiap hari. Nampak tak? Aku wiraaaa. Yaa selalu sangat nak jadi yang terbaik tapi tak pernah tercapai. Apapun kekal lah beranggapan aku ni lambang kesempurnaan. Muah ciked !

2) Anak perempuan sulung dan tunggal dan menganggap dia seperti princess di rumah. Sebab nak apa dapat. Sebab tiada kos lepas. Yang 3 lagi adik tu selalu jeles !

3) Seorang pembenci sayur, buah-buahan dan segala jenis la. Nak cakap memilih tu tak, tapi memang tak pernah makan waktu kecik. So rasa macam nak termuntah. Bau buah dah la busuk. Ya aku memang pelik.

4) Alergik segala jenis makanan laut*seafood. Bila makan, malamnya bergaru sana sini. Esoknya datang la Pakcik ruam kat muka. Kadang-kadang jerawat terus. Haihh. Tapi aku buat taktau. Telan jaa semua. Janji kenyang !!

5) Tak suka berkongsi. Memang semua barang takbole berkongsi. Bilik, baju, barang makeup aku, dll. Umi pernah tanya, "Una tak teringin nak adik perempuan ka?" And i just like. "NO! Habis nanti barang una dia sapu." Takpayah ler. Dah cukup-cukup ler tu. Kikiki

6) Aku kaki shopping dan kaki window shopping. Walaupun poket tengah nipis dan kepokaian tengah melanda, aku tetap akan jejalan beli barang. Satu pun jadi. Kalau takda duit, window-window je la dan buat muka comel suruh abah belanja kan.

7) Aku paling tua jadi aku ada kuasa nak marah adik-adik aku. Syabil dia tak takut, tapi dia dengar cakap. Kalau dia melawan, bagi motivasi sikit terus senyap. Pastu hujan. Syahir pulak. TAK PERNAH dengar cakap aku. Anggap aku kawan-kawan dia ja. Aku selalu jadi mangsa tendangan dia kekadang. Aqil pulak. Ini paling suka. Baru ja cakap " Aqil sekarang dah melampau. Ana pi cari hanger sat nak tibai!" Tupp terus menangis.

8) Kuat makan dan suka makan.  Kalau keluar jalan, macam-macam aku sapu, kerepok, coklat buat stok dalam bilik. Lapar ja ngap sesorang. Kalau makan banyak tak nampak sangat kat badan. Paling kuat pipi dan punggung huaaaaa.*umi cakap aset. Ahakkksss

9) Aku ambil masa yang lama untuk mandi dan bersiap. Kalau nak keluar jejalan abah akan suruh siap sejam lebih awal dari orang lain. Entahla apa aku tonyohh HAHA

10) Aku takut dengan semua jenis haiwan. Semut dengan nyamuk tolak tepi. Paling takut kucing. Sebab fobia. Ada cerita pahit pada zaman dahulu kala. Cicak paling tak suka dan sewaktu dengannya. Yang ada ekor kaki empat. Oh geli !

11) Masih keliru dengan masa hadapan. Taktau nak jadi apa. Huaaa suri rumah berjaya maybe.

12) Paling minat baca novel. Tetambah yang cintan cintun. Sampai nangis senyum sorang-sorang. Oh gila !

13) Paling suka bergambar. Tapi ada hari mau ada hari malas. Aku tak suka ambik gambar orang. Aku akan suruh orang ambik gambar aku. So untuk pakwe I, nanti u jadi photographer limited untuk I okay ?

14) Lebih suka menaip dari menulis. Sebab waktu menaip idea mencurah-curah. Waktu tulis hmm h*rom

15) Aku suka kumpul baju, beg dan tudung penuh almari. Hmm tapi tetap cakap " Aduh takda baju nak pakai harini."

16) Tak suka orang tengok aku dalam keadaan selekeh. Biar orang pandang, dia tak mengata aku. Tapi kalau ada orang mengata jugak. Heiii mai face to face la !

17) Ada kawan-kawan yang sentiasa ambik berat pasal. Walaupun demam, senyap dan murung depa tetap tanya. Hmm terharu. Anis,Hawa, Meton, Ju. Tahun ni tambah lagi Dikya dan Caca

18) Ada teman yang sentiasa ada waktu susah dan senang. Walaupun kekadang makan hati dengan cara awak, jangan risau la. Lepastu saya makan nasi balik.

19) Sangat suka kan baby. Bau wangi sangat. Tapi bila dah besaq, dah mula nak melawan, nak kena babap la tu.

20) Dan yang terakhir, ada sekeping hati yang orang lain susah nak paham. Aku ja kot paham perasaan sendiri.


Thats all for today. Nak tidoqqq. ZzZz



Saya okay saya dah besar
Saya okay saya semakin comel
Saya okay saya semakin perasan


xoxo
Una