Tengok-tengok Ju menang. Okay memang tak percaya.Sebab dok ingat Anis dan diri sendiri menang . Maybe sebab sama dia tolak markah. Tapi serius tak kesah. Sebab masuk untuk have fun ja. Okay lepastu, duduk sat tengok adik-adik comel bercerita bawah khemah. Panas ! Adik-adik sekarang bercerita dah maju. Flowercrown diamond sana sini. Baju dress labucci sini sana. Dulu akak masuk bercerita pakai baju sekolah atau baju kurung biasa ja. SADLIFE. Adik-adik ni cerita macam-macam. Serigala la apa la. Tapi cerita yang masih ingat sampai sekarang ialah pasal rambut menjurai. Maaf kan akak ye adik. HAHA tajuk cerita tu buat akak geli hati. Akak gelak tak henti-henti. Walaupun tak lawak mana. Apa-apapun adik-adik , kipidap! Dongibab !
Akak bukan tepuk tangan dik. Akak main burger. k hambar
Lepas dah habis adik rambut menjurai bercerita, kami masuk dalam cari bahagian novel. Sebab semua dari kami kaki novel, jadi tak sah kalau takpi baca. Sinopsis pun jadi. Excited gila tengok novel bebanyak ni. Ju kalau hilang ja tau la dia pi mana. Tersorok tercorok belakang rak novel. Laluan novel kecik. Nasib aku yang kurus ni bole masuk. K perasan. Geram betul !

MODEL NOVEL TAHUN NI. k taklawak
Lepastu kena dengar ceramah pasal apatah. Berkaitan hak kita sebagai pengguna kot. Tak dengar sangat sebab boring. Dia cakap tak pakai mic jadi tak jelas . Mungkin makcik depan tu bagi tumpuan, yang belakang layan wassap. HAHA. Bebudak macam aku tak layan wassap apa semua. Aku membaca okay. Baguskan ? Hiks dah tau. Makasih !
Bukan ramai mana pun dengar. Adalah 20 orang. Kebanyakan bawah khemah tengok adik-adik bercerita.
Aku dengan Hawa bosan. Jadi masing-masing buat keja sendiri. Sat kacau cikgu. Sat melawak macam budak kecik. Lepastu Hawa main fon cikgu. Aku baca buku kanak-kanak. Hawa taknak layan aku bila dapat fon. Opss lupa budak asrama merindui gadget masing-masing.
Sebab saja nak kacau fokus cikgu. Haipp tazah bukan nak dengaq ceramah. Main whatsapp ja tau.
Pasal buku cerita kanak-kanak tu memang nampak macam mewah dan comel. Aku excited nampak budak kecik tu dok main. Last-last dia letak balik kat rak buku. Aku sambaq terus HEHE. Tapi yukss ada air liur. Its okay. Akak tetap nak main. Akak sanggup lap pakai baju. Paling best pasal buku tu sebab kena tarik la, bukak sana bukak sini. Macam 3d la. Siap ada teka-teki. Tapi bukan teka-teki ada kaki tak mampu berjalan, tiada sayap mahu terbang tinggi. Cepuk buku tu kang !
Ni soalan dia. Bila tarik keluar jawapan.
Best main. Banyak lagi haiwan. Macam belut dll.
Habis ceramah tu pi tengok pulak Mummy Octopus yang buat aktiviti untuk budak-budak pra-sekolah dan tadika. Lama gila. Siap menyanyi menari, Aku tak buat la. Cover sikit cun tu. Cuma goyang kaki ja. Lagu layanz lol. Hawa siap menari angkat tangan. Nampak muka excited dia tu. Ok tipu.
Makin lama Mummy Octopus makin bosan. Budak-budak takla. Aku ja rasa macam tu sebab aku dah besar okay ! Pastu masuk balik pi cari Ju. Dia hilang pulak dah. Macam biasa dekat tempat novel. Tengok-tengok dekat situ kakak-kakak pasang belon. Warna-warni. Disebabkan aku takut belon, jadi aku menjauhinya. Yang lain kalut pergi mintak belon. Macam budak-budak. Last-last kak tu cakap "Ni untuk budak pra" Semua malu tak mintak dah. Aku mampu pegang orang punya tapi tetap berhati-hati. Apa lagi lepastu? sakan laa bergambar. Cikgu pun sama naik HAHA. Tazah pun sama. Torbaik okay.
Banyak yang dah balik sebab tunggu lama sangat. Aku takleh balik awal sebab balik dengan cikgu T_T
Lepas dengan belon, acah-acah baca buku pulak. Sorry yang tolong tangkap gambar aku tadi. -____- Aku boring itu ja yang best buat.
Ju nak jugak HAHA. kasi lerr
Paling win bila jumpa maskot sebijik macam kotak pensil aku. Ah teruja okayy. Tapi maskot tu poyo ahh. Haha berlagak nak duduk kaki bersilang bagai. Aku tiru ler.
Junior
Sekolah aku dah hantar peserta yang volunteer nak masuk puisi. Saja untuk suka-suka. Tengok-tengok di batalkan sebab Mummy Octopus ambik masa banyak sangat. So untuk uolss jangan marah jangan sedih.Beruntung tau kita. Tak buat apa pun dapat hadiah sebagai tanda minta maaf. Aku yang tak masuk pun dapat. Bertuah der. Paling beruntung buku koko dapat tanda 6 kali. Makhai bukan senang HAHA. Lain kali kita pergi lagi okay. Seronok dapat spent time dengan cikgu, kengkawan dan budak-budak pra.
Okay last, tetiba terjumpa sepupu-sepupu aku. Punya bising bila nampak aku. "Kak una ! Cikgu tu kak una kami ! Yang jalan baju hijau tu" Aduh Aqif , Fayyad malu kak una T__T. Tapi takpa kak una bole popular dekat kalangan cikgu hampa.
Itu saja. Sebab idea aku hilang. HAHA. Assalamualaikum.
Saya okay saya dah besar
Saya okay saya semakin comel
Saya okay saya semakin perasan
xoxo
Una
|