Thursday, 19 November 2015

Tikus Mondok

Aku nak story pasal gelaran aku. Yang  tak lekang di mulut orang yang kenal aku. Yehh dulu sekolah rendah orang panggil tikus mondok atau singkatannya TM. Seingat aku nama TM ni bermula dengan classmate aku. Waktu dedulu normal la suka orang tu suka orang ini. Konon sweet ko panggil aku TM. Sampai gelaran TM tu lekat dekat mulut-mulut cikgu. Siapa tak kenal TM nampak sangat baru masuk Skkk. Dengan gelaran tu aku menderita. Alkisah sewaktu aku darjah enam, aku pergi sekolah waktu petang sebab ada sukaneka rumah sukan. Kena buat aktiviti untuk kutip mata rumah sukan.

Lompat jauh, BATAL ! Lumba lari, BATAL ! Lontar peluru, LULUS ! Yeahh hidup Atikah Husna. Lompat tinggi, BATAL dan jatuh dengan tragisnya. Sebelum aku lari dengan megahnya nak lompat tinggi aku di sokong dengan budak junior. "Akak TM, Akak TM" "Kakak pengawas !" 

Waktu lari sempat toleh belakang dan tengok suara sumbang mana yang bagi sokongan dan tak perasan dah sampai tiang, aku lompat macam mana dan jatuh dalam keadaan kaki terhempap badan. Sakit ya amat rasanya. Tudung dah tercabut ke belakang. Nak bangun la cover malu Tengok-tengok takboleh bangun. Cikgu yang jaga lompat tinggi tu Cikgu Zack jadi  dia angkat aku ke kantin. Dia suruh try jalan. Tak boleh. Bila letak tapak kaki atas tanah automatik aku jatuh ke bawah. Atikah Husna memang tak sah kalau tak nangis. Jadi dia nangis la semahu-mahunyaaaa. 

 
Cikgu call abah dan terus ke hospital. Serius lama tunggu dekat Wad Kecemasan. Dari petang sampai malam.Aku dengan kaki berdendang sakit, ayer materr jangan cakap. Basah basah. Then, nama aku kena panggil. Abah pun tanya nak dukung ke kerusi roda ? Kerusi roda la dah la anak abah ni berat besar gedabak. Bila masuk jumpa doktor tak sampai 5 minit. Dia tak pegang kaki dia cuma cakap dengan kekwatnya ' Esok datang x-ray.' Terus aku keluar. Pastu bagi ubat tahan sakit. Ubat tu aku makan sebab nak tahan sakit hati tunggu lama.  

Esok tu, sekolah tuang datang hospital x-ray dan jari kaki nombor 4 dan 5 patah. Tulang bawah tapak kaki retak dan patah. Patut den takleh jalan. Simen pun simen yang ekspress. Boleh cabut bila nak mandi. Okay tak la berbau kepam kaki ku ini. Hikhik. Aku dapat cuti sebulan yang buat aku risau gila. Sebab UPSR aku sehari selepas cuti aku habis. Ya allah dugaan betul. Aku ambil Trial UPSR dalam bilik khas dan di ambil dan di hantar ke sekolah oleh cikgu. Bertongkat la aku ni sebulan. Thank you cikgu-cikgu yang sayang pengawas sekolah comel ni. Result tak berapa gempak sebab sekolah banyak tak datang, info tak dapat huaaaa. Resul 3A2B. Alhamdulilah boleh terima dengan ayer mater menyesal bila teringat  datang sukan petang tu. 


Sekarang sekolah menengah lagi banyak gelaran. Macam-macam. Ada yang aku ingat ada yang tak. Dulu geng aku panggil aku cahaya sebab nak panggil ikut nama depan. Nur kan cahaya. Dan lain-lain. Sekarang bila dah habis tahun, budak kelas panggil MONSTER. Dengan bersebab aku makan banyak dan makan cepat. Apakah ni semua ? Mana ada monster secomel aku. Bila apa sikit, monster. Sikit-sikit monster. Sampai aku naik fedappp dengan nama tu. Tapi bila lelama rasa macam dah lali. Jadi teruskan usaha anda classmates tersayangg. Kipidap dongibab. 


Oh shilauuu. Terik nau matahari.




Saya okay saya dah besar
Saya okay saya semakin comel
Saya okay saya semakin perasan


xoxo
Una

Thursday, 12 November 2015

Berat Naik ?!

Tajuk untuk entry kali ni memang sangat cliche. Bagi aku la. Sebab perempuan ni jenis macam bila orang cakap dia kurus, dia akan cakap dia gemuk la dah berisi and what so ever. Tapi bila orang cakap dia gemuk dia akan marah melenting tak tentu pasal. Biasa la. Perempuan kan? 

Alkisah berat badan aku sekarang, aku rasa amat menggembirakan hati. Sangat-sangat puas hati. Sebab dulu memang aku kurus yang tersangat. Orang bila jumpa aku, dia cakap aku sakit. Sobsob. Dah la kurang tinggi badan pulak kurus yang tersangat, memang nampak lesu dan tak bermaya. Berat aku tak sampai 40kg masa tu. Hikhok. Satu hari aku nekad, nak makan banyak. Nak berat sampai 45kg then nak stop 'kenekadan' tu bila sampai tepat 45kg. Rosak ayat dapat kat aku. Memang aku makan tak ikut time. Kejap kejap makan. Memang non stop. Kalau tak mengunyah tak sah. Tapi masih lagi seimbang la. Takda la melantak lemak semua.

Makin lama aku rasa aku dah nak capai apa aku nak. Yeahh. Jadi aku cuba timbang berat sebab harini ramai sangat orang tegur tentang badan aku. Abah, umi and beberapa kawan kat sekolah. Tapi kenapa mesti harini? Kenapa tak esok atau minggu depan.

"Abah perasan tak muka anak dara abah sekarang?" umi tanya abah waktu tengah makan tengahhari tadi.
Aku menyampuk "Umi takyah la nak kata jerawat una bermaustatin dari pipi ke dahi pulak."
"Hahh la. Pipi labuh nya sekarang. Gondol. Tak senyum pun pipi naik. Sebelum ni senyum pun belum tentu nampak pipi." Abah jawab.

Lepas makan terus pergi cek muka depan cermin. Ahh ahh laaa. Pipi bolat haha. Tak sedih cuma baru sedar kenapa tudung sekolah tak muat sampai suruh umi tetas jahit balik. Umm ummm


Timbang-timbang berat aku dah mencecah 46.++kg. Terkejut. Sasaran aku dah terlebih ni. Walaupun sekilo rasa macam gemok sangat dah. Tapi serius aku suka badan aku sekarang dari dulu. Dulu tak stabil sekarang sangat la stabil. Terlebih sikit pun jadi laaa. okay nak lanjee gambar dulu dan sekarang. Jangan terkejut. Ini bukan JU-ON atau hantu air. Ini sayaaa. Bukan selalu akak payung gambar bak kata orang moden sekarang. Mungkin sekarang akak dah mula istiqomah. ^_^


OMG ! Atas masa 2014 akhir tahun. Bawah masa 2015 akhir tahun jugak.
Emm emmm gemok nya . HAHA kbyeee. Saya taknak kurus !







Saya okay saya dah besar
Saya okay saya semakin comel
Saya okay saya semakin perasan


xoxo
Una