Alhamdulillah segala penat lelah yang aku lalui dua tahun lepas akhirnya mendatangkan hasil yang membanggakan. Even aku rasa macam dah lewat nak buat entry sebegini rupa, tapi ada aku kisah.
Aku, mangsa SPM 2016.
Aku sebenarnya sampai ke hari ni rasa macam tak percaya tau sebab dapat result seELOK ni. Hahaha sebab aku memang takda target untuk SPM. Untuk Trial ya memang aku pulun habis-habisan. Nak tau sebab apa? Sebab Cikgu Sejarah aku, Cikgu Jamil selalu cerita, ada satu tahun tu, SPM guna result Trial sebab banjir. Mahu aku tak takut.
Dah la esok trial, malam ni den putus cinta. Hareyy sungguh. Tapi takda la sampai aku nak jawab exam cincai-cincai. Sebab jenis aku, waktu exam segala masalah dunia letak tepi. FOKUS. Tapi jadahnya aku nak fokus bila ex duduk sebelah. Dah la duduk sebelah, usya awek baru dekat tingkap. Tapi aku tak kisah pun. Kejadahnya aku nak kisah, dah takda apa-apa kan. Baik aku kisahkan paper aku.
Since aku dah mulai hidup single dari haritu, aku terus berubah cara belajar aku. Kalau dulu malam aku habiskan dengan bergayut sampai lewat pagi, kali ni aku banyak buat nota poket, nota tampal dekat dinding. Kalau dulu aku malas betul nak siapkan homework, kalini aku siapkan semua kecuali essay bm.Sebab aku paling malas buat essay. Waktu exam rajin. Dan banyak lagi la aku berubah.
Alhamdulillah result Trial aku cantik. Tapi aku cantik lagi la. lols
So here it is. My trial result.
4A , 4A- , 1B+ , 1G
Yaa addmath still gagal. Dan BI still B. its okay baru trial.
|
TERPILIH KE
KEM GEMILANG SPM DEKAT SSL HOTEL |
|
______________________________________________________________________________
Lagi nak spm, lagi aku takut. Aku takdela habiskan masa dengan buku. Aku ada jugak main-main.
Tapi satu ja, jangan study hari-hari. Take a break. Aku kalau study jenis selak-selak ja buku nota. Takda la nak baca, then tulis balik apa aku ingat. Nope. Im not the type of girl yang macamtu.
Dengan tusyen petang malam. Buatkan aku sangat-sangat penat. Kadang-kadang aku nangis tau sebab rasa penat gila. Balik tusyen malam pukul 10 sometimes 11. Balik tusyen nak siapkan homework lagi. Seriousssssly im dying hahaha.
Dan bila cikgu batalkan kelas petang, aku pergi sekolah dengan minah Atin sekor ni. Pi study. Takpun pergi KFC buat study group dengan Ammar, Zul, Atin. Lagi sebulan camtu nak exam memang aku berjuang sampai titisan darah terakhir.
AND FINALLY, HARI-HARI YANG AKU TUNGGU TIBA.
RESULT AKU KELUAR.
My dad and my mom cried on the stage. Causeeee I did it !!
6A,2A-,1B+,1D
Dannnn admet lulus ohmyyy. Even tak credit but im still happy sebab tak pernah lulus sebelumni. lol
Im crying and still wanna smile at the camera
ALHAMDULLILAH. TERIMAKASIH ALLAH. So una nak ucapkan jutaan ribuan terima kasih untuk umi abah yang selalu bagi support. Habiskan duit untuk beli itu ini. Habiskan masa dengar masalah yang una cerita hampir tiap hari. Dan terima kasih untuk doa-doa kalian.
Aku juga ucapkan terima kasih untuk cikgu-cikgu aku, yang tak pernah penat tabur ilmu, tak pernah penat ajar budak-budak 5Akaun yang terlebih HINGAQ + BUAS. Terima kasih juga sebab cikgu-cikgu banyak bersabar, even perangai kami kadang-kadang menyakitkan hati.
For my fellow friends, terima kasih sangat-sangat sebab banyak tolong ajarkan tajuk-tajuk yang aku tak berapaaa nak reti. Duit minyak Zul, duit Ammar, duit Atin sebab hari-hari buat study group dekat KFC. Banyak sangat rasanya nak sebut nama budak kelas yang berjasa. Dikya yg ajar admet. Shark yg selalu ada kat sisi. Hawa yg selalu gedik. And semuaaaaa budak kelas, serious terima kasih untuk segalanya.
I missssss you guysss so much.
p/s : saja type berjela, in case aku rindu hampaaa, boleh la baca lagi ! lol
KBYE. !