Saturday, 15 August 2015

1st RAYA


Tiba masa Syawal melabuhkan tirai. . Hati sebak merinduimu. Hati sebak meninggalkanmu.Semoga dapat bersua lagi di masa depan. Jaga diri. (lap air mata hikhok)

Rasa macam baru semalam ja raya. Pakai baju cecantik. Makeup cecantik. Berkumpul reramai. Bermaaf-maafan. Ahh rindu. Jadi sebab rindu, aku decide nak story-mory pasal hari raya 29 hari yang lepas.

Disebabkan rumah tok ambik masa 150juta minit (5minit) nak sampai, aku takla excited mana nak balik kampung. Sebab rumah tok tiap minggu balik. So perasaan tu tetap sama. Aku pergi rumah tok seminggu awal. Bayangkan kebosanan yang aku alami bila sepupu tak balik. Semua pakat nak beraya kat rumah masing-masing mentang-mentang dekat dengan rumah tok. *sadlife

Aku taknak la cakap depa tu pentingkan diri. Ikut suka la. Dia punya hal malas nak masuk campur. Abaikann. Aku menginap dekat rumah ntah berapa belas hari.(macam hotel pulak) Dah la aku jenis takleh hidup takdak wifi. Huaaa. Aku banyak habiskan duit beli topup untuk langgan internet. Dah la mahai. Tapi tak kesah sangat pasal duit. 

Raya first emm. Pagi raya cuma ada family aku dan tok. Sedih gakla tak macam raya-raya lepas. Aku dengan bangun lambat tak sempat pi semayang raya. Yala malam tu tidoq lewat. Tolong TENGOK tok buat ketupat. Tolong KACAU umi buat rendang.

Lepas siap-siap pagi tu, tok ajak pi ambik gambar dekat tepi jalan sebab pokok bunga kat situ lawa. Aku pun ikutkan lah kehendak dia.

Tok saya masih gorgeous. Kalau berminat bole contact saya ! Auch

" Tok buat swag sikit."
Lepas dah habis berposing-posing dengan tok. Aku pun ajak semua berposing maut jugak dekat tepi jalan tu. Panggil jiran sebelah rumah tok ambikkan gambar. 

Adik-adik aku:-
Syabil- Kelabu
Syahir- Biru
Aqil- Purple
            
Tahun ni semua caca merba ja warna baju. Abah, Umi, Tok, Syahir ja warna ikut tema gitu.

Lepas dah posing apa semua. Kami masuk rumah salam-salam apa semua. Oh ada video tapi dalam ipad. belum berkesempatan nak  transfer masuk lappy. Nanti terluang aku update. Pastu pergi beraya rumah orang sebelah. Tengok-tengok sepupu aku dari Taiping sampai. Ohh baru nak dapat rasa suasana raya. Memang rindu betul dekat yaya.
Terlebih lighting. Sepupu paling rapat. Beza birthday pun 5 hari ja.
Orang Taiping dah sampai. Lepastu sepupu-sepupu yang paling dekat dengan rumah tok baru sampai. Tahun lepas ada gambar One Big Family, tahun ni hampeh. HAHA
Sepupu-sepupu perempuan aku.
Dari kiri. Kak Un,Kak Ya,Kak Ika,Una comel
Yang bawah Ala.(abil menyibuk)
Lepas dah abis semua agenda kat rumah tok. Semua berpecah ke destinasi yang nak di tuju. Cewahhh. Aku ke rumah pakcik. Beraya sana beraya sini. Kumpul duit kuiki. Selfie sana sini. Penting ! 
Tangan taktau pasepa lagutu. Memang snap gambar ni betul-betul depan pintu rumah pakcik. Tu yang bersinar. Pakcik Jerawat tepi pipi nampak macam lesung pipit. Padahal tadak !
Nak payung sikit gambar full ootd pagi raya.
Si gemok ni pakai baju dari Butik Dmimi
Dan tudung dari PK(pasar kemboja HAHA)

Kasut Kedai OGGO pb
Petang tu, balik ke rumah ibu. Semua keluarga belah umi kumpul sana. Aku, yaya, ala yang kebosanan ni main la batu seremban. Bole usyar video tu kat youtube.


Aku pun taktau punca aku buat video ni. HAHAHA first time okay buat video. Jahanam la jawabnya. Jangan ah bash. Saya budak baru belajar. 
Rasanya setakat ni ja kot. Umi panggil makan nasik. 


Saya okay saya dah besar
Saya okay saya semakin comel
Saya okay saya semakin perasan


xoxo
Una


No comments: