Thursday, 10 November 2016

I believed I could so I did



Hai guysss. Harini nak relax relax kejap since paper aku hari Isnin minggu depan. Boleh ah goyang kaki jap. Jap je tak lama.

Baru-baru ni ada la sorang makhluk Allah datang tanya aku. Nama dirahsiakan atau boleh panggil ALI bukan nama sebenar. LOL. Adik aku je pun yang tanya. Alahai dia tanya benda simple tapi susahhhhh ahh aku nak menjawabnya.

"Kak, hang bila nak move on ?" 

Whatttttttt ko ingat senang nak move on wakaka. HAHA yela aku admit la, aku perlu masa lama aw untuk cool, relax and tenangkan hati aku yang bergelora + sakit + berdarah + berkecai + hancur = jadi debu. Seriously aku tak pernah rasa sakitnya bercinta before ni. Sebab waktu kecik kecik dulu aku just aggap 'cinta monyet'.

Tapi sejak aku dah form 4 an aku macam buang jauh-jauh tafsiran aku pasal cinta monyet tu. Sebab aku dengan yakinnya merasakan dia la yang kononnya cinta mati aku wakakakaka. Padahal TAK sama sekali. Sebab yang mekar dulu dah layu bila kena sembur dengan racun serangga.


Aku memang macam bukan diri aku dalam masa beberapa minggu. Bayangkan aku mogok makan. Sebab aku rasa aku bodoh. Tah la bodoh sebab apa. Yang aku tau, terperap dalam bilik macam orang gila MENANGIS hahaha. Aku takkan lupa betapa deritanya aku dulu. Kalau kenang balik an, aku memang dah taknak rasa benda tu. SUMPAH SAKIT SANGAT !!!!!

Lepas pada semua tu. Aku sedar yang aku takleh mengalah. Aku pikir balik pesan umi abah, kawan-kawan yang selalu support aku, aku TEKAD aku nak move on. Aku sibuk kan diri aku dengan macam-macam kerja. Bayang kan dalam masa sehari aku tadak masa pun nak tatap fon. Satu kejayaan paling besar la dalam hidup aku. HOHO

Aku percaya dengan diri aku yang aku boleh lalui semua ni jadi aku berubah. Aku berubah dari segala jenis. Kalau dulu orang kenal aku dengan lawak tak berapa nak jadi. Kali ni aku kembali dengan lawak terkini. 

ok merapu. 

Aku taktau dah nak nahipppp apa. Aku cuma nak ucapkan banyak-banyak terima kasih untuk semua perempuan yang selalu kat belakang aku. support aku. nasihat aku. peluk aku belakang dewan waktu teknik jawab sejarah. yang bawakkan majalah sekolah sekali dengan pemadam hahahaa jasa hampa aku takkan lupa sikit pun. TAKKAN LUPA. ada jeee dalam hati ni ekeke.



Dari kiri.SYAZA yang banyak tolong sampai kan berita . SYADIYA yang peluk saya kat dewan. SHAKIRAH haiwan peliharaan yang suakan makanan hari-hari kat sekola, FATIN IZATI yang selalu cakap "move on la una. You deserve better." 


Dari kiri, HAWA yang selalu cakap "Dah la tuu. SPM SPM." UNA si comel. ANIS yang "wehhhhh sabaq banyak-banyak, aku tak sangka ah !" MARIYA yang "kami selalu ada dengan hg tikah. tikah omeyy angat !"



Ni ibu JU yang selalu cakap " Haishhh hg lawa, ramai lagi nak hahahahaa"



Mesti rindu hampa sangat-sangat nanti. sobsobsob

bye Assalamualaikum.


No comments: