Saturday, 22 August 2015

Perpustakaan Awam Parit Buntar

Kelab Pusat Sumber sekolah aku adakan aktiviti mingguan kali ni dekat Perpustakaan Awam Parit Buntar. Banyak gila aktiviti yang ada. Kami ni datang sebab nak dapat 2 tandatangan dekat buku koko. Hiks penting. Datang-datang tu aku macam takda arah tujuan. Budak sekolah aku sorang pun tak sampai lagi. Hei janji melayu macam tu ah. Aku tunggu jap Anis pun sampai. Lepastu pergi daftar apa semua. Siap jadi ahli. Kena bayar Rm 4 dan bawak salinan IC. Lepas Hawa Ju pun sampai terus pergi dekat bahagian bengkel ict. Saja suka suki daftarkan diri dekat pertandingan tu. Nampak simple. Dan memang simple.

Dia ajar cara nak buat kad dengan bantuan Program apatah nama dia. Lupa! Ini pertandingan tau. Jadi semua pakat pulun buat cecantik lelawa dengan masa yang ditetapkan. Ikut suka nak buat tentang apa. Aku pilih birthday dan buat kad untuk diri sendiri. *SADLIFE* Aku buat sikit tengok Anis sebab dia buat untuk kakak dia. Senang cita kad kami hampir sama. HAHA sorry Anis. Bila akak yang ajar kami tu jejalan tengok peserta lain, aku sempat la bawak keluar fon. Dan hasilnyaa.






Tengok-tengok Ju menang. Okay memang tak percaya.Sebab dok ingat Anis dan diri sendiri  menang . Maybe sebab sama dia tolak markah. Tapi serius tak kesah. Sebab masuk untuk have fun ja. Okay lepastu, duduk sat tengok adik-adik comel bercerita bawah khemah. Panas ! Adik-adik sekarang bercerita dah maju. Flowercrown diamond sana sini. Baju dress labucci sini sana. Dulu akak masuk bercerita pakai baju sekolah atau baju kurung biasa ja. SADLIFE. Adik-adik ni cerita macam-macam. Serigala la apa la. Tapi cerita yang masih ingat sampai sekarang ialah pasal rambut menjurai. Maaf kan akak ye adik. HAHA tajuk cerita tu buat akak geli hati. Akak gelak tak henti-henti. Walaupun tak lawak mana. Apa-apapun adik-adik , kipidap! Dongibab !

Akak bukan tepuk tangan dik. Akak main burger. k hambar


Lepas dah habis adik rambut menjurai bercerita, kami masuk dalam cari bahagian novel. Sebab semua dari kami kaki novel, jadi tak sah kalau takpi baca. Sinopsis pun jadi. Excited gila tengok novel bebanyak ni. Ju kalau hilang ja tau la dia pi mana. Tersorok tercorok belakang rak novel. Laluan novel kecik. Nasib aku yang kurus ni bole masuk. K perasan. Geram betul !





MODEL NOVEL TAHUN NI. k taklawak


Lepastu kena dengar ceramah pasal apatah. Berkaitan hak kita sebagai pengguna kot. Tak dengar sangat sebab boring. Dia cakap tak pakai mic jadi tak jelas . Mungkin makcik depan tu bagi tumpuan, yang belakang layan wassap. HAHA. Bebudak macam aku tak layan wassap apa semua. Aku membaca okay. Baguskan ? Hiks dah tau. Makasih !

 


Bukan ramai mana pun dengar. Adalah 20 orang. Kebanyakan bawah khemah tengok adik-adik bercerita.

Aku dengan Hawa bosan. Jadi masing-masing buat keja sendiri. Sat kacau cikgu. Sat melawak macam budak kecik. Lepastu Hawa main fon cikgu. Aku baca buku kanak-kanak. Hawa taknak layan aku bila dapat fon. Opss lupa budak asrama merindui gadget masing-masing.



Sebab saja nak kacau fokus cikgu. Haipp tazah bukan nak dengaq ceramah. Main whatsapp ja tau.

Pasal buku cerita kanak-kanak tu memang nampak macam mewah dan comel. Aku excited nampak budak kecik tu dok main. Last-last dia letak balik kat rak buku. Aku sambaq terus HEHE. Tapi yukss ada air liur. Its okay. Akak tetap nak main. Akak sanggup lap pakai baju. Paling best pasal buku tu sebab kena tarik la, bukak sana bukak sini. Macam 3d la. Siap ada teka-teki. Tapi bukan teka-teki ada kaki tak mampu berjalan, tiada sayap mahu terbang tinggi. Cepuk buku tu kang !



Ni soalan dia. Bila tarik keluar jawapan.

Best main. Banyak lagi haiwan. Macam belut dll.



Habis ceramah tu pi tengok pulak Mummy Octopus yang buat aktiviti untuk budak-budak pra-sekolah dan tadika. Lama gila. Siap menyanyi menari, Aku tak buat la. Cover sikit cun tu. Cuma goyang kaki ja. Lagu layanz lol. Hawa siap menari angkat tangan. Nampak muka excited dia tu. Ok tipu.

Makin lama Mummy Octopus makin bosan. Budak-budak takla. Aku ja rasa macam tu sebab aku dah besar okay ! Pastu masuk balik pi cari Ju. Dia hilang pulak dah. Macam biasa dekat tempat novel. Tengok-tengok dekat situ kakak-kakak pasang belon. Warna-warni. Disebabkan aku takut belon, jadi aku menjauhinya. Yang lain kalut pergi mintak belon. Macam budak-budak. Last-last kak tu cakap "Ni untuk budak pra" Semua malu tak mintak dah. Aku mampu pegang orang punya tapi tetap berhati-hati. Apa lagi lepastu? sakan laa bergambar. Cikgu pun sama naik HAHA. Tazah pun sama. Torbaik okay.


Banyak yang dah balik sebab tunggu lama sangat. Aku takleh balik awal sebab balik dengan cikgu T_T





Lepas dengan belon, acah-acah baca buku pulak. Sorry yang tolong tangkap gambar aku tadi. -____- Aku boring itu ja yang best buat. 




Ju nak jugak HAHA. kasi lerr


Paling win bila jumpa maskot sebijik macam kotak pensil aku. Ah teruja okayy. Tapi maskot tu poyo ahh. Haha berlagak nak duduk kaki bersilang bagai. Aku tiru ler.

Junior



Sekolah aku dah hantar peserta yang volunteer nak masuk puisi. Saja untuk suka-suka. Tengok-tengok  di batalkan sebab Mummy Octopus ambik masa banyak sangat. So untuk uolss jangan marah jangan sedih.Beruntung tau kita. Tak buat apa pun dapat hadiah sebagai tanda minta maaf. Aku yang tak masuk pun dapat. Bertuah der. Paling beruntung buku koko dapat tanda 6 kali. Makhai bukan senang HAHA. Lain kali kita pergi lagi okay. Seronok dapat spent time dengan cikgu, kengkawan dan budak-budak pra. 

Okay last, tetiba terjumpa sepupu-sepupu aku. Punya bising bila nampak aku. "Kak una ! Cikgu tu kak una kami ! Yang jalan baju hijau tu" Aduh Aqif , Fayyad malu kak una T__T. Tapi takpa kak una bole popular dekat kalangan cikgu hampa.


Itu saja. Sebab idea aku hilang. HAHA. Assalamualaikum.



Saya okay saya dah besar
Saya okay saya semakin comel
Saya okay saya semakin perasan


xoxo
Una

7 comments:

CD said...

best jugak ada aktiviti mcm tu.. tetiba rindu lepak kat library..

Mastura said...

aktifnya adik....satu permulaan yg baik...hehehe

Unknown said...

INFO TUYUL MESIR: tuyul ini sangat kecil ukurannya,kira-kira tingginya 5cm-6cm,tuyul ini dapat dilihat dengan mata terbuka Jika (NAMA) sudah Memberikan Minyak khusu bagi anda yang ingin Kontrak atau ingin Beli tuyul.
orang lain tidak dapat melihatnya. Bagaimana merawatnya..?? Sangat mudah ,tuyul ini sangat canggih & tidak merepotkan, tuyul ini tidak suka netek pada ibu-ibu, tuyul kepunyaan mbah hanya perlu 1 buah kamar khusus tempat tuyul bermain & istirahat serta butuh KUNYIT DAN SUSU BIASA yang sering Diminum anak-anak, seperti SUSU CAP BENDERA, anda tidak usah takut atau repot, karena Kunyit banyak Dijual di pasar-pasar terdekat di kota anda, itupun hanya diberikan jika si tuyul akan bertugas mencuri uang/perhiasan, tuyul ini sangat setia dengan majikannya. Berapa harganya..?? khusus untuk tuyul biasa mbah patok harga yaitu 1,7MILIAR, dan jangan Khwatir, karena ada sistem ngontrak, Hanya 5Jt/ tahun, dan Bisa menghasilkan uang sekitar 20jt/Hari. Tuyul Mesir pintar sama seperti tuyul lainnya, tetapi terdapat perbedaan yaitu Memiliki Pakean yang Bagus dan topi yang kayak seperti Jin dan Jun, atau Tuyul dan Mbak Tuyul ,selain itu Tuyul Mesir dapat berlari lebih kencang daripada tuyul biasa, lebih pintar mencuri uang/perhiasan, oleh karena itu disebut tuyul spesial, kenapa begitu..?? karena banyak Paranormal atau para ahli hikmah mengakui sulit untuk menangkap TUYUL MESIR karena lari’nya cepat seperti kilat, hanya segelintir dukun sakti saja yang bisa menangkapnya, itupun harus menggunakan ilmu khusus yang sudah sangat langkah.
SISTEM KONTRAK DARI KAMI :
1.SISTEM KONTRAK TUYUL BIASA : Rp 15Jt DALAM WAKTU1
TAHUN
SISTEM KONTRAK TUYUL SPESIAL:Rp 25 Jt DALAM WAKTU 1 TAHUN
&PENGHASILAN BISA MENCAPAI ATAU BAHKAN LEBIH 20Jt DALAM 1 HARI.
2 SISTEM BELI: HARGA 1,7 MILIAR
HANYA SEHARGA 1,7 MILIAR
Anda dapat memesan tuyul biasa atau tuyul MESIR silahkan
TLP :
085342064735
(KI JAYA WARSITO)
Info selengkapnya silahkan ANDA Hub:BELIAU

nurul said...

Lama dah tak pegi library


Dulu-dulu takut nak makan telur lepas bersalin. Orang tua-tua kata nanti bernanah MANFAAT MAKAN TELUR

Atie Rose said...

Salam perkenalan..

Jom join segmen :)

http://cintahawaa.blogspot.com/2015/08/aidil-adha-giveaway-by-dyana-hassan_28.html

Hajar Shikin said...

Lepas baca entry ni baru terfikir, lama giler tak pergi library..haha

Atika Husna said...

@Hajar ShikinMoh ler kite ke library haha